Friday, July 10, 2009

DARI AKU, MAN RANI


SYJ DITUBUHKAN PADA TAHUN 1986 DIAMBIL SEMPENA NAMA PENGURUS KAMI PADA MASA ITU IAITU SYED YUSOF JAMALULAI.PERNAH MENYERTAI BEBERAPA SIRI KONSERT BATTLE OF THE BANDS YANG DIANJURKAN OLEH ALI BAKAR SERTA BEBERAPA SIRI KONSERT YANG LAIN SEKITAR TAHUN 80an.AKIBAT KONFLIK YANG MELANDA ANTARA PAK SYED DAN KAMI,LANTAS AKU MENGAMBIL KATA SEPAKAT UNTUK MENUKAR "SYJ" KEPADA "SOFEA" SEMPENA NAMA "JULIE SOFEA" (salah satu peminat setia aku.)DAN LAHIRLAH ALBUM KEMBALI PADA 1977 PENUKARAN ANGGOTA ASAL KUMPULAN INI BERLAKU ANTARA EDUAT(drum) BERSAMA RAJA NAHAR. MEMUATKAN BEBERAPA LAGU YANG HAMPIR KESEMUANYA AKU DAN AMIR YANG HASILKAN SERTA ANGGOTA2 SOFEA YANG LAIN.KAMI MULA MEGORAK LANGKAH UNTUK ALBUM KEDUA PABILA PENGHIJRAHAN KAMI KE KUALA LUMPUR MEMBUAHKAN HASIL DAN TERHASILNYA ALBUM"ANAK LIAR" PADA TAHUN 1988.ALBUM ANAK LIAR ADALAH ALBUM TERBAIK YANG PERNAH KAMI HASILKAN KERANA MENGGUNAKAN TEKNIK YANG "CANGGIH" SISTEM BUNYI YANG TERANG DAN JELAS.SEKALI LAGI BERLAKU PENUKARAN ANGGOTA IAITU ZAM(gitar) DIGANTIKAN DENGAN FANCY MANAKALA DRUM MASIH LAGI NAHAR. DALAM COVER ANAK LIAR, UJANG TELAH DIPANGGIL UNTUK SESI FOTOGRAFI KERANA NAHAR HILANG ENTAH KEMANA.ALBUM INI MERAIH CAKERA EMAS(gold disc) APABILA TERJUAL LEBIH 25,000 UNIT.KETIKA SOFEA DI KEMUNCAK,PERUBAHAN BERLAKU APABILA TERHASILNYA ALBUM KETIGA IATU "BONEKA PENTAS" KERANA KONSEP SOFEA TELAH BERTUKAR KEPADA ALA MAFIA.DEK KERANA ARUS PERUBAHAN MASA.ALBUM TERSEBUT KURANG HASIL JUALAN MENYEBABKAN AMIR PUTUS HARAPAN UNTUK BERKARYA LANTAS MENINGGALKAN SOFEA.PADA TAHUN 1990 SEKALI LAGI LAHIRNYA ALBUM SOFEA BERTAJUK "MIMPI DAN AIR MATA" SEKALI LAGI BERLAKU PENUKARAN ANGGOTA IAITU ANTANKA SERTA ZAN(ALLANG).DAN ALBUM TERSEBUT KURANG SAMBUTAN LANTAS KAMI MENGAMBIL KATA SEPAKAT MEMBUBARKAN SOFEA.SEHINGGA PADA TAHUN 2008 TERBITNYA SYJ08 YANG MANA DITERAJUI OLEH ALLANG(ZAN)(SYJ 90).DAN BERTAHAN SELAMA BEBERAPA BULAN SAJA.SEHINGGA SEKARANG AKU DAH MALAS NAK BERKARYA..AKU KESAL SESETENGAH PIHAK AMBIL LAGU2 AKU,TERBITKAN CD ,APA SEMUA AKU KAT SINI SATU APA PUN TAK DAPAT.BUKAN NAK DUIT KE APA.TAPI SEKURANG2NYA BAGITAU LA KE APA.NI MAIN CANTAS JA.PIHAK HIBURAN LANGSUNG LUPAKAN KAMI YANG PERNAH MENAIKKAN INDUSTRI MUZIK ROCK TANAH AIR SATU KETIKA DULU.AKU KESAL DENGAN APA YANG BERLAKU SEKARANG.SEKARANG NI AKU ADA LAGI DI IPOH.KENA KERJA SNDRI UNTUK CARI MAKAN.KALU JUMPA .JANGAN TAK PERCAYA AKU ADALAH MAN RANI SYJ@SOFEA.